Sebelum ini perkongsian pelakon Sherry Ibrahim menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video memaparkan sedang beramah mesra bersama peminat ketika majlis buka puasa.
Apa yang menjadi perhatian, Sherry didatangi adik kepada pelakon Fattah Amin dikenali sebagai Raihan yang diliht bersalaman dan berpelukan.
BACA: Sherry Ibrahim ‘Innocent’, Tak Pernah Pergi Kelab Malam
Memetik Oh Bulan, Sherry berkata dia tidak sangka akan bertemu dengan adik Fattah dan meluahkan rasa gembira dapat bertemu dengan Raihan.
Sherry menyifatkan apa yang berlaku adalah secara kebetulan dan penuh hikmah dan pada awalnya dia sangkakan wanita tersebut adalah peminatnya.
“Soalan pertama yang saya tanya adalah kenapa dia menangis sewaktu bersalaman dengan saya. Sebenarnya saya tak perasan kehadirannya kerana lokasi itu bertingkat dan dia pula mengenakan tudung labuh.
“Saya sangka dia hanyalah peminat biasa, sehinggalah dia membisikkan dia adalah ‘adik Fattah’. Masya-Allah, kami terus berpelukan. Ia satu momen yang tak dijangka, semuanya berlaku secara kebetulan dan penuh hikmah,” katanya.
Sementara itu, Sherry berkata ada beberapa perkara yang mereka bualkan ketika pertemuan itu dan Raihan mengatakan rindu akan dirinya.
“Saya gembira dapat jumpa dia. Kami berbual, saya tanya khabar ibu (mak Fattah). Raihan kata dia rindu saya. Ia adalah momen yang indah, hanya antara saya dan dia. Apa yang kami bualkan pun semuanya perkara yang baik-baik sahaja,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan