Pelakon Nora Danish memuat naik hantaran berbentuk nasihat mengenai qada atau menggantikan solat yang ditinggalkan dengan sengaja.
Menerusi hantaran di Threads, Nora turut berkongsikan cara untuk membayar ‘hutang’ solat yang pernah ditinggalkan sebelum ini untuk dilakukan selepas solat fardu.
BACA: “Kalau Tak Jenuh Kena Qada Macam Mommy” – Nora Danish Ingatkan Anak Tentang Solat
“Qada lah solat yang selama ini ditinggalkan dengan sengaja. Setiap selepas kita mendirikan solat fardu, kemudian kita sambung dengan solat Qada.
“Jika solat fardu subuh, kemudian qada solat subuh. Jika zuhur, kemudian gada zuhur. Begitulah sehingga kita meninggalkan dunia ini. Semoga ibadah kita diterima-Nya,” tulisnya.
Perkongsian Nora itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan terima kasih kepada pelakon itu kerana mengingatkan mereka mengenai ‘hutang’ solat.
Malah, ada yang meluahkan rasa bimbang serta beristighfar sama ada sempat atau tidak untuk gantikan solat yang pernah ditinggalkan sebelum ini.