fbpx

Puteri Sarah Tak Akan Berdiam Diri Selagi Ira Kazar Tak Ditangkap

Perkongsian pelakon Puteri Sarah di Instagram menjadi perhatian ramai apabila menegaskan bahawa dia tidak akan berdiam diri selagi tiada tindakan diambil terhadap individu yang didakwa bersalah.

Menurut Puteri Sarah, kes membabitkan wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama suami, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar masih berjalan meskipun mengambil masa yang lama.

BACA: “Hidup Bermadu Tak Akan Terjadi Pada Saya” – Puteri Sarah

“Lawan tetap lawan. Takkan diam selagi yang bersalah tak ditangkap. Diam bukan bermakna kes ditutup. Kes masih berjalan, cuma ambil masa. Tak apa sikit lagi,” tulisnya.

Tegas Puteri Sarah lagi, diam bukan bermakna kes sudah ditutup dan tetap akan lawan. Kata Puteri Sarah lagi, dia sudah mendapat tarikh untuk mahkamah sivil iaitu pada tahun hadapan.

“Tidak akan diam dan takkan diam selagi yang sepatutnya tidak diambil tindakan. Slowly but surely. Court case memang ambil masa yang sangat lama. Mahkamah sivil dah dapat tarikh bicara tapi next year.,” tulisnya.

Sebelum ini menerusi Harian Metro, Puteri Sarah berharap pihak Jawi dapat berkongsi dan memberikan maklum balas agar segala persoalan terjawab.