Puteri Sarah Nak Bantu Ibu Tujuh Anak Dihalau Dari Rumah Sewa

Perkongsian pelakon Puteri Sarah menjadi perhatian apabila meluahkan hasratnya untuk membantu ibu tujuh anak yang akan diusir dari rumah sewa.

Difahamkan, wanita tersebut bersama anak-ananya dihalau berikutan tidak membayar sewa rumah sejak Oktober tahun lalu.

BACA: Jumpa Ira Kazar? Tak Mungkin Terjadi – Puteri Sarah

Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Puteri Sarah kesal dengan suami wanita berkenaan yang gagal menjalankan tanggungjawab selepas berkahwin lain.

“Allahuakbar kejamnya. Inilah yang dikatakan nak poligami tapi tak tahu tanggungjawab. Siapa kakak ni? Jika ada maklumat, tolong mesej Sarah. Sarah nak tolong,” tulisnya.

Sementara itu, pihak Zakat Selangor telah pun tampil menghulurkan sumbangan kepada wanita berkenaan yang juga pesakit mental.

Malah, ibu tersebut turut diuji apabila anak sulungnya yang berusia 14 tahun turut menerima rawatan psikiatri kerana kerap mengamuk dan seperti mendengar bisikan serta perlu mengambil ubat penenang setiap hari.

Difahamkan, tunggakan sewa rumah dan bayaran sewa bulanan keluarga itu akan diuruskan oleh pihak Zakat Selangor. 

×