Pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu dia terkejut apabila seorang wanita yang menyamar sebagai pelakon Nadia Brian menawarkannya jadi ‘peneman’ golongan VIP dengan bayaran lumayan sebanyak RM15,000.
Memetik Harian Metro, Puteri Sarah berkata kejadian tersebut berlaku minggu lalu dan dia menyangkakan ianya adalah untuk tujuan kerja.
BACA: Puteri Sarah Dedah Bella Masih Terkejut, Belum Terima Kenyataan Dah Bercerai
“Dia bertanya jam berapa saya habis ‘shooting’. Dia meminta saya berjumpa seseorang dikenali sebagai Datuk Shahrul pada jam 10 malam. Saya bingung, jumpa orang itu sebab ada tawarankah? Penerbit baharukah?
Selepas itu dia cakap, foto dan video dilarang. Dia cakap untuk teman-teman minum kopi, bayaran RM15,000. Saya bertegas kepadanya, saya tak buat kerja-kerja begitU. Selepas penggambaran, terus balik ke pangkuan anak-anaklah,” katanya.
Menurut Puteri Sarah pada awalnya dia ingatkan wanita berkenaan adalah Nadia apatah lagi suara mereka agak mirip namun dia terus menghubungi Nadia untuk dapatkan kepastian.
“Wanita itu mula menghubungi saya pada jam 9 pagi. Cara-cara dia cakap pun macam Nadia. Sebab saya pun baru jumpa Nadia pada malam sebelumnya di majlis resepsi Janna Nick.
“Saya rasa sesuatu tak kena, lalu terus hubungi Nadia. Saya tanya sama ada dia ada nombor telefon berbeza dan dia jawab tak ada. Saya beritahulah pasal orang guna nombornya menyamar jadi dia. Rasanya tempoh hari Nadia ada masukkan dalam Instagram dia,” katanya.
Dalam pada itu, Sarah berkata dia terus membuat laporan mengenai kes menimpanya itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
SUMBER: Harian Metro