Baru-baru ini, konten yang dimuat naik pelakon sensasi, Fattah Amin menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen.
Menerusi konten video itu, Fattah cuba memujuk pekerja produk jenama kambing perap popular yang dikenali sebagai Una. Una dikatakan telah berhenti kerja dan Fattah cuba memujuknya melalui sebuah video.
BACA: Fattah Amin Ubah Penama Hibah Kepada Ibu Agih Pada Fatima Kalau Apa-Apa Berlaku
“Una kalau Una tengok video ini cuba jawab panggilan saya. Kalau ada apa-apa tak puas hati beritahu saya. Kita bawa berbincang. Jangan lupa tengok siaran langsung saya esok,” katanya.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen mula rasa meluat dengan konten yang dianggap gimik pemasaran serta dilabel murahan.
Tidak kurang juga, ada yang mempersoalkan mengapa Fattah tidak melakukan perkara sama untuk memujuk bekas isterinya, Nur Fazura.