PU Azman Dah Hafal Satu Juzuk Al-Quran Dalam Penjara

Peguam yang mewakili PU Azman iaitu Mohamad Zahid Ahmad berkongsikan perkembangan terbaru pendakwah selebriti itu berada dalam keadaan sihat di Penjara Kajang.

Memetik Harian Metro, Zahid berkata PU Azman turut memaklumkan dia sudah menghafal satu juzuk Al-Quran di dalam penjara.

BACA: Penangguhan Hukuman Ditolak, PU Azman Ke Penjara Kajang Serta Merta

“PU Azman pesan supaya doakan dia… Alhamdulillah dia okay di Penjara Kajang dan hikmah di sebaliknya dia maklumkan sudah hafal satu juzuk di sana,” katanya.

Difahamkan, hari ini Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak salah satu representasi yang dikemukakan oleh PU Azman berkaitan pertuduhan melakukan amang seksual yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Seremban.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi di Mahkamah Sesyen ketika sebutan kes di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Rasyidah Murni berkata, representasi melibatkan mangsa lelaki berusia 17 tahun ditolak AGC dan akan diteruskan untuk perbicaraan dengan pertuduhan asal, manakala representasi bagi mangsa lelaki berusia 16 tahun 10 bulan telah diterima.

Azman dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban pada 12 Oktober 2022 atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai 2022.

SUMBER: Harian Metro

×