fbpx

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Ini contoh terbaik, rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi. Ini kisah yang kami terima dari tuan badan sendiri berkaitan isu bayaran yang tidak kunjung selesai sehingga ke hari ini.

Teater Semerah Padi sudah pun melabuhkan layarnya pada 31 Disember yang lalu tetapi isu pembayaran kepada para pelakon dan juga krew masih menjadi tanda tanya kepada mereka yang terlibat.

Terbaru, Fauzi Nawawi meluahkan rasa tidak puas hati beliau terhadap pihak produksi, Keno Production yang bukan sahaja tidak membayar tenaga kerja di sebalik teater Semerah Padi, tetapi turut mungkir janji.

Keno Production melalui surat perjanjian yang kami terima telah meminjam USD9,000 (~RM28,000) daripada Fauzi Nawawi untuk menggerakkan teater yang berbaki tiga hari — tetapi tenaga kerja sudah mogok.