Suami Zahnita Wilson ditahan polis hari ini selepas bekas model itu membuat pendedahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga di media sosial.
Memetik Kosmo, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu mengesahkan perkara berkenaan.
Bagaimanapun, Wan Mohd. Zahari tidak memperincikan tentang penahanan tersebut.
BACA: Zahnita Akui 20 Tahun Jadi Mangsa Kekasaran Suami
“Ya, suspek sudah pun ditahan hari ini,” katanya.
Zahnita sebelum ini mendedahkan bahagian mata kirinya lebam didakwa akibat dipukul suaminya.
Menerusi satu laporan media, Zahnita mengakui sudah lama menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan punca dipukul selepas dia bertanyakan mengenai kehadiran orang ketiga kepada suaminya.
Sementara itu, memetik Harian Metro, sumber memberitahu dalam kejadian berlaku pada 26 November lalu pelakon terbabit berada di kediaman di Kuantan didatangi suaminya sebelum berlaku perselisihan faham.
“Difahamkan pelakon terbabit ingin tinggal berasingan selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Ketika itu, mangsa diugut suaminya yang ingin membunuhnya jika keluar dari rumah sebelum dicederakan,” katanya.
SUMBER: HarianMetro, Kosmo