Akhirnya terjawab persoalan bilakah Pierre Andre bakal menamatkan zaman bujangnya.

Pierre ketika ditemui di sebuah lokasi penggambaran membongkar bakal berkahwin pada Jun ini bersama pasangannya, Nur Hidayah Hashim, 25.

Pierre ketika ditemui nyata teruja menanti detik untuk disatukan bersama pasangannya malah berjanji akan menjemput rakan media dan selebriti.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan menamatkan zaman bujang saya dengan gadis pilihan, Nur Hidayah Hashim, 25, atau Yaya pada Jun ini. Saya ingin memohon maaf jika tidak menjemput media ketika majlis pertunangan kerana ia merupakan permintaan pihak keluarga kami.”

“Namun, pada majlis pernikahan kelak, saya akan menjemput para rakan media dan selebriti untuk bersama-sama saya. Mengenai tarikhnya, saya belum boleh kongsikan kerana ianya masih terlalu awal. Tetapi ia akan dilangsungkan sekitar bulan Jun ini, sebelum memasuki Ramadan.”

Walaubagaimanapun, tarikh majlis resepsi belum ditetapkan jelas Pierre. Berkemungkinan majlis resepsi akan diadakan pada hujung tahun.

Pierre menambah, sifat peribadi tunangnya telah berjaya menarik perhatiannya sehingga membuatkan dia nekad menjadikan Nur Hidayah suri hidupnya.

“Ciri-ciri wanita idaman saya memang seorang yang simple dan sederhana. Saya memang mencari yang tidak terlalu sosial dan pandai menjaga peribadinya. Ciri-ciri itu saya lihat ada pada Yaya yang lebih suka
menghabiskan masa di rumah.

“Saya memang dah serik nak cari pasangan daripada kenalan artis dan selebriti. Mungkin pengalaman dahulu mengajar saya dan syukur kerana akhirnya saya dipertemukan dengan tunang saya sekarang,” jelas Pierre.

Pelakon Beego dan Linda Hashim juga bakal berkahwin Jun ini. Nampaknya ramai juga artis yang memilih bulan Jun sebagai bulan menamatkan zaman bujang. Didoakan semoga semuanya berjalan
lancar.