Baru-baru ini, bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada dilihat ada memuat naik perkongsian momen bersama kedua-dua anaknya, Umar dan Humairah.
Apa yang menjadi perhatian, ucapan Shuhada buat kedua anak-anaknya itu membuatkan ramai netizen sebak serta mengingatkan anaknya untuk saling melindungi satu sama lain.
BACA: Hanya Salah Faham, Shuhada Mohon Maaf Pada Puteri Sarah
View this post on Instagram
“Umar..Humairah…kita ade tiga orang aje, apa pun jadi kita kena help each other, ape pun jadi kita kena protect each other, sebab Allah nak kita sama sama masuk syurga nak jumpa Uwais nanti kan.
“Humairah, teman abang Umar cuba nak biasakan diri ke school, whatever it is, kakak akan sentiasa pegang tangan abang, jalan sama sama,jatuh sama sama, bangun sama sama, sedih sama sama, gaduh sama sama.
“Semoga Allah sentiasa lindungi both of you wahai my nyawa, ibu sayang sangat sangat abang and kakak kerana Allah SWT,” tulisnya.
Perkongsian Shuhada itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak serta mendoakan agar dipermudahkan urusan Shuhada serta anak-anak.