Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan sebelum mendirikan rumah tangga dia tidak tahu cara untuk menyiang ikan.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Watie turut berkongsi momen pertama kali berjumpa dengan ibu mentuanya, Salamiah Jalani ketika itu sedang menyiang ikan di dapur.
BACA: Pertama Kali Dating, Watie Dedah Shuib ‘Booking’ Satu Pawagam
Menurut Watie, dia mengaku bahawa dia tidak berapa kenal dengan jenis-jenis ikan serta tidak tahu untuk menyiang ikan kerana kebiasaannya membeli ayam dan daging.
Kata Watie lagi, ibu mentuanya berkata lebih baik berterus terang daripada berlagak pandai serta berpura-pura tahu sebaliknya tidak tahu.
Dalam pada itu, Watie berkata selepas dia berkahwin banyak perkara yang dia belajar dan daripada tidak pandai dapat melakukan dengan baik.
Sejak minggu lalu hangat diperkatakan apabila tular di media sosial memaparkan dua pengacara sebuah progra tidak tahu cara menyiang ikan.