fbpx

Pernah Kutuk Rakyat Kelantan, Netizen Perli Caprice Pilih Wanita Kelantan

Orang tua-tua pernah berkata jangan terlampau benci sangat nanti jatuh suka. Situasi itu seakan sama seperti dialami oleh penyanyi rap, Caprice.

Sejak semalam tular di Twitter perkongsian seorang netizen seolah memerli Caprice yang akhirnya memilih wanita daripada Kelantan.

BACA: Caprice Bergelar Suami, Pilih Ibu Tunggal Anak Satu

Malah, netizen itu turut mengaitkan dengan tindakan Caprice sebelum ini dimana didakwa membuat kenyataan mengutuk rakyat Kelantan yang secara tiba-tiba tahu Bahasa Inggeris apabila pendakwah, Zakir Naik memberi ceramah di negeri itu.

Isu tersebut hangat diperkatakan pada tahun 2019 sehinggakan satu laporan polis dibuat oleh Kelantan Prihatin terhadap Caprice.

Bagaimanapun, Caprice telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram diatas ketelanjurannya itu selepas dikecam teruk oleh netizen.

Semalam, Caprice mengejutkan ramai apabila selamat bernikah dengan wanita pilihan hati Farra Inalis, yang juga merupakan ibu tunggal anak satu berasal dari Kelantan.