Rakyat Malaysia pernah berbangga dengan kualiti layanan dan kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lebih sedekad yang lalu apabila sering dinobatkan antara 10 lapangan terbang terbaik di dunia.

KLIA meninggalkan jauh pesaing lain ketika itu di rantau Asia Tenggara termasuk Thailand dan Singapura, sekaligus meletakkan antara negara dengan lapangan terbang paling moden di dunia.

Namun tahun kebelakangan ini, prestasi KLIA sebagai pintu masuk utama negara untuk pelancong dan pelabur dari luar negara telah merudum teruk sehingga berapa di tangga ke 71 dalam senarai yang sama baru baru ini.

Apa Sudah Jadi?

@soscilimy KLIA dulu airport ke-9 terbaik di DUNIA tapi sekarang tersenarai kat tempat 71. Jadi apa rancangan diorang untuk pulih airport ni? @iqtodabal #fyp? #soscilimy #klia #lapanganterbang #airport ? original sound – SosciliMY

Menurut kajian baru baru ini, lapangan terbang lain serantau Asia Tenggara menerima pelaburan yang jauh lebih besar berbanding lapangan terbang di Malaysia. Thailand misalnya melabur RM6.6 bilion manakala Indonesia melaburkan lebih RM12 bilion untuk menaiktaraf lapangan terbang mereka.

Manakala di Malaysia, kita hanya mampu melaburkan RM1.4 bilion untuk menaiktaraf lapangan terbang kita yang mana jumlah itu hampir 10 kali ganda lebih rendah berbanding Indonesia. Bagaimana KLIA dan lapangan terbang Malaysia yang lain mahu bersaing di rantau ini tanpa pelaburan yang besar dari pihak luar?

Laluan Antarabangsa Yang Terhad

Kesalinghubungan antarabangsa yang terhad di lapangan terbang tempatan juga merupakan satu faktor utama yang perlu dipandang untuk meningkat sektor pelancongan di Malaysia.

Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali, Indonesia sahaja mempunyai lebih banyak penerbangan antarabangsa berbanding jumlah hubungan antarabangsa untuk tiga lapangan terbang tempatan kita iaitu Langkawi, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

Ketiga-tiga lapangan terbang antarabangsa milik Malaysia tersebut tidak kurang hebatnya dalam menawarkan destinasi pelancongan yang menarik tetapi penerbangan yang terhad kerana kemudahan dan layanan yang tidak lengkap menyukarkan untuk mereka bersaing di peringkat antarabangsa.

KLIA Bukan Lagi Destinasi Utama

Dengan hanya 22 laluan antarabangsa di KLIA ketika ini berbanding Singapura (40 laluan) dan Thailand (55 laluan), Malaysia memang bukan lagi destinasi utama syarikat penerbangan di dunia.

Banyak syarikat penerbangan ternama dari luar negara menganggap KLIA tidak lagi mampu memberikan kemudahan dan layanan kelas dunia seperti mana yang boleh ditawarkan negara lain di rantau ini.

Pelaburan RM10 Bilion Tepat Pada Masanya

Berita tentang perancangan konsortium diterajui Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengambilalih Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dengan nilai pelaburan lebih RM10 bilion memang tepat pada masanya.

Suntikan modal yang besar ini memang perlu dikeluarkan oleh pihak swasta kerana kerajaan secara bersendirian tidak mampu kerana lebih banyak agenda untuk rakyat yang perlu diutamakan ketika ini.

Pelaburan yang besar ini mampu memberikan kemudahan yang terkini selain layanan yang lebih baik di semua lapangan terbang di Malaysia bukan sahaja di KLIA. Selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan, pelaburan dalam MAHB ini juga boleh menarik syarikat penerbangan luar untuk memilih Malaysia sebagai salah satu laluan utama mereka di rantau ini.

Tidak sabar rasanya untuk melihat KLIA dan lapangan terbang lain di Malaysia dinaiktaraf dan menjadi antara yang terbaik di dunia bukan sahaja di rantau ini.

×