Pelakon Aeril Zafrel dan usahawan El Azman akhirnya berdamai selepas 15 tahun akibat perselisihan faham melibatkan seorang wanita.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Aeril berkata perselisihan faham antara mereka berpunca daripada seorang wanita yang ketika itu merupakan kekasihnya.

BACA: Wawa Zainal Nak ‘Jual’ Aeril Zafrel RM5 Juta, Netizen Tegur Jaga Kata-Kata

@nay.nay8773

@Fujiiian @band1t ? @El Azman @WANIE ELENA @mariajoselozaprie @aerilzafrel #pyf?viral

? suara asli – ??nay nay?? – ??nay nay??

Bagaimanapun, selepas saja Aeril putus dengan kekasihnya itu, El Azman pula menjalin hubungan dengan aktres berkenaan.

“Dulu kami (Aeril dan El Azman) rakan sebilik, jadi saya ada kekasih. Tapi direbut, selepas itu kami tidak lagi berkawan,” katanya.

Menurut El Azman, apa yang berlaku itu menyebabkan hubungan mereka tidak lagi akrab dan usahawan itu turut memohon maaf kepada Aeril atas kesilapan lalu.

“Selepas 15 tahun, baru dia (Aeril) peluk aku. Sebelum ini, dia hanya salam biasa sahaja.

“Disebabkan aku salah, aku minta maaf Aeril kalau ada salah silap. Aku tahu kau kawan baik aku yang terbaik,” katanya.

Namun, mereka tidak mendedahkan identiti pelakon wanita itu namun hanya memaklumkan wanita itu kini sudah berhijab dan mendirikan rumah tangga.

×