Salah satu perkara yang menjadi isu besar selepas laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan adalah tentang bayaran RM1.6 juta kepada barisan bintang pop Korea yang hadir memeriahkan sambutan Hari Belia Negara pada 2012 lalu.
Menteri Belia Dan Sukan ketika itu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini mendakwa yang bayaran sebanyak RM1.6 juta itu di’bayar penaja namun perkara ini di’nafikan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sendiri beberapa hari lalu.
Ahmad Shabery berkata beliau akan memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu bayaran artis Korea dan memohon pengurusan parlimen untuk membenarkan penjelasan kepada PAC ini dibuat secara terbuka dan disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
Tindakan yang berani kami kira ketika satu Malaysia masih tertanya tanya duit siapakah yang digunakan untuk membayar artis Korea sebanyak RM1.6 juta itu. Bravo!