Pengarah dan penerbit, Michael Ang berkongsikan pendapatnya mengenai rumah tangga yang disondol oleh orang ketiga.
Menerusi satu podcast AididitMyWay, Michael berkata kaum lelaki tidak tidak sepatutnya dipersalahkan sepenuhnya jika berlaku curang pada pasangan.
BACA: “Saya Cerita Hal Saya Je, Tak Ada Menyalak Kes Orang Lain” – Cik Epal Bidas Michael Ang
@aididitmyway Yang disondol tu kalau tak goyang, takkan bergoyang. Chill okay? Kadang yang nampak sweet tu bukan tak retak. Jadi apa komen you all semua ? Cuba share sikit. #AididItMyWay #RelaxSikit @Aidid.Marcello @Michael Ang
Menurut Michael lagi, penyondol tidak akan berjaya jika suami bahagia dengan isteri mereka dan wanita yang disondol perlu lihat diri mereka dan mungkin boleh perbaiki kekurangan.
“Penyondol tidak akan berjaya kalau suami happu dengan pasangan dia. Mungkin kau (isteri) pun ada masalah. Lelaki yang curang memang salah dan penyondol memang salah tapi kau tak boleh salahkan penyondol itu saja.
“You ada tanya tak diri you apa sebab eh laki aku tak nak aku? Mungkin kepam, atau suka korek hidung. Itu kau tak tengok, yang kau tahu, pergi internet kau menyalak macam anjing,” katanya.
Diruangan komen ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan Michael itu apatah lagi pengarah itu tiada pengalaman dalam rumah tangga. Namun, ada dikalangan wanita bersetuju bahawa ramai para isteri tidak menjaga penampilan.