Konsert Pentas Peluru Cokelat baru-baru ni memang ‘pecah panggung’ bila kumpulan Barbarik berjaya himpunkan lebih 2,700 peminat dekat Zepp Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu! Fuhh memang bukan calang-calang crowd!
Apa yang lagi padu, konsert ini terpaksa start lewat 15 minit sebab ramai gila peminat masih beratur nak masuk. Bayangkan, zaman sekarang ni banyak konsert bersaing sana sini, tapi Barbarik masih berjaya tarik crowd yang ‘loyal’ dan sanggup tunggu.

Sepanjang lebih tiga jam, persembahan memang padu dari awal sampai habis. Vokal Muss? Masih maintain power walaupun difahamkan beliau tak berapa sihat sebelum show.
Gempaknya! Band ni perform 22 lagu termasuk lagu-lagu ‘throwback’ dari album debut macam Nasib Baik, Pelurut Cokelat, Didakap Pesona dan banyak lagi.

Antara yang paling menangkap perhatian mestilah segmen Retrostika dengan lagu-lagu feeling macam Sketsa Sebuah Cinta, Cintamu Mekar Dihati dan Potret Monalisa. Confirm ramai ‘throwback’ zaman jiwang dulu-dulu.
Lagi best bila ada penampilan khas daripada Shah Slam, Muzza, Ujang Tukimon dan Karl Cromok. Siap pakej berduet dengan lagu-lagu rare seperti Golok Kayu & Jerangkung Dalam Almari. Sumpah best gila!

Konsert ni melabuhkan tirai dengan kejutan besar bila JoBranko tetiba belanja satu lagu yang tak ada langsung dalam setlist asal iaitu Keris Tak Bersarung! Peminat terus naik gila!
Siap ada moment lucu bila Rozaimi & Ainol dah ‘pucat’ sebab ingat konsert dah habis, sekali kena sambung!
Konsert Pentas Peluru Cokelat ni dianjurkan oleh Karri Talk Production dengan kerjasama Pentas Barbarik Sdn. Bhd. Kalau lepas ni ada konsert lagi, better standby awal-awal, sebab kalau tak memang rugi tak join geng ‘full house’ ni!

Credit : Arms Photodesign Official Photographer & Faizal Darus