fbpx

“Penjelasan Afifah Nasir Tak Masuk Akal”

Berikutan sidang media yang diadakan Afifah Nasir semalam, Aliff Aziz mendakwa penjelasan pelakon itu mengarut dan hanya ingin melepaskan diri. Jelasnya Afifah bukanlah budak untuk mengikut telunjuk pihak produksi samata jika benar beliau disuruh ‘bermanja’ dengannya.

BACA: “Pihak Produksi Gunakan Saya Untuk Pujuk Aliff Aziz”

“Apabila saya teliti semula kenyataan Afifah semalam, memang ada yang tak masuk akal. Apa yang terjadi adalah hal peribadi, tak perlu babitkan produksi yang beri rezeki. Jangan nak tegakkan benang yang basah. Malah jika saya bermasalah tak datang set, pihak produksi boleh hubungi saya”

“Dia (Afifah) patungkah hingga membiarkan tangannya dipegang saya? Bukan dia tak boleh menepis atau menolak tangan saya. Malah Afifah ada menerima kiriman WhatsApp daripada isteri saya pada sebelah pagi sebelum insiden kantoi di pusat karaoke itu. Namun, Afifah pergi juga pusat karaoke terbabit”

“Saya terima hukuman ‘cash’ kerana perkara itu diketahui isteri hingga kantoi pada petang sama. Sedangkan Afifah terus berdolak hingga membabitkan Allana Amir yang kononnya akan turut serta di pusat hiburan itu”

Manakala mengenai rakaman yang didakwa Afifah merupakan bukti kejadian terbabit, Aliff turut mempersoalkan kebenaran rakaman tersebut. Malah kata Aliff, jika benar rakaman itu dapat membuktikan beliau tidak bersalah, mengapa tidak dedahkan sahaja kepada media.

“Saya fikir siapa saja boleh ‘berlakon’ menjadi pekerja produksi itu untuk diperdengarkan. Kalau rasa betul kenapa tak didedahkan saja identiti individu yang dimaksudkan. Afifah juga ada bangkitkan soal perundangan, saya juga boleh berbuat demikian,” katanya kepada Berita Harian Online.

Jika teliti kembali sidang media yang diadakan Afifah semalam, memang banyak jugak perkara pelik dan tidak terjawab. Apapun kita tunggu sahaja penjelasan pihak produksi pula mengenai dakwaan Afifah yang menjadi ‘kambing hitam’ untuk menyelesaikan masalah disiplin Aliff. (rtky/w)