Idea sate bhalut yang diusahakannya ditiru, penyanyi Mark Adam bagaimanapun tidak melenting sebaliknya menganggap bahawa semua benda di dunia ini adalah pinjaman.
Menjawab pertanyaan netizen mengenai sebuah restoran menjual produk akan seperti sate bhalut, Mark berkata meskipun konsep resepi diambil namun rasanya berbeza.
BACA: Dikecam Jual 3 Cucuk Sate RM21.90, Mark Adam Beri Penjelasan
“Ya saya nampak, tak ada masalah rezeki masing-masing. Semua benda dalam dunia adalah pinjaman bukan milik kita. Idea boleh ditiru tapi rasa dan kasih sayang akan berbeza,” tulisnya.
Sementara itu, Mark turut menulis kapsyen ringkas pada perkongsian berkenaan agar dimurahkan rezeki buat peniaga-peniaga di luar sana.
Terdahulu, perniagaan Mark dikecam netizen kerana harga sate bhalut didakwa dijual dengan kadar harga yang agak mahal dan dikatakan tidak berbaloi.
Bagaimanapun, Mark menjelaskan harga yang dikenakan adalah munasabah selepas mengambil kira kos penjualan termasuk bahan mentah dan sewa tapak jualan.
SUMBER: mStar Online