fbpx

Pengarah Drama Nafi Dakwaan Afifah Nasir

Bila pengarah bersuara, rasanya lebih baik perkara ini malap dan padam begitu sajalah. Sebanya semua pihak sudah pun menjelaskan situasi masing masing. Menurut pengarah drama yang dibintangi dua pelakon berkenaan iaitu Manchi atau nama sebenarnya, Mansor Akob, dia menafikan apa yang diperkatakan oleh Afifah terhadap pihak produksi.

BACA: “Penjelasan Afifah Nasir Tak Masuk Akal”

“Kami hanya bercakap kosong dalam kalangan sendiri seperti bersembang di kedai kopi. Ia bukan perancangan produksi pun. Tiada arahan untuk mereka rapat. Soal masalah di set penggambaran itu perkara biasa dan tidak boleh dielak”

“Namun, kedua-dua pelakon utama memberikan komitmen dan kerjasama baik,” katanya kepada BH Online. Tambah Manchi lagi, dia tidak tahu langsung mengenai hal dan juga perancangan di pusat karaoke tersebut.

Bila sudah jadi macam ini, tiada apa yang dapat dilakukan lagi. Apa kata kita move on dan tunggu apa jawapan Lisa pula sebab pakai seluar pendek baru-baru ini.

Selain itu, marilah kita sama sama berdoa semoga drama yang dibintangi pelakon ini mendapat rating dan tontonan tertinggi di dalam sejarah drama di Malaysia. (rtky/s)