Baru-baru ini, isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar ada berkongsikan resepi sambal sotong kegemaran suaminya itu serta petua untuk memasak hidangan tersebut.
Susulan perkongsian Ira itu, ramai netizen mencuba resepi yang dikongsikan. Menerusi perkongsian di Insta Story, Ira dilihat memuat naik semula posting netizen yang turut menyediakan hiadagan berkenaan.
BACA: Ira Kazar Kongsi Resepi Sambal Sotong Kegemaran Suami
Turut menjadi perhatian, apabila ada pengikutnya mengadu mereka tidak berkesempatan membeli sotong kerana sudah habis dijual gara-gara perkongsian resepi Ira itu.
Ira dilihat membalas bukan salah dirinya bekalan stok habis dijual serta mengatakan ramai yang mengatakan perkara yang sama.
Sejak mendirikan rumah tangga dengan pengarah itu pada Januari lalu, sememangnya ramai menantikan perkongsian Ira Kazar bersama suaminya itu.