fbpx

Peminat Kritik Fathia Latiff Temubual Tun M

Cukup bertuah sekali Fathia Latiff apabila diberi peluang mengendalikan sesi temubual live di Facebook bersama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berlangsung pagi tadi. Tetapi khabarnya ramai yang mengkritik jenis soalan yang diajukan Fathia yang dilihat remeh.

Dalam sesi temubual selama 45 minit itu Fathia lebih bertanyakan soalan yang remeh seolah beliau tidak mengikuti perkembangan masa. Malah ada juga yang mempersoalkan pengetahuan beliau yang juga graduan lulusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Ada juga yang menyindir Fathia dengan menyuruhnya kembali kepada kerjayanya sebagai pelakon kerana merasakan soalan yang diberikan tidak mencabar minda tetapi lebih bersifat peribadi. Sepanjang temubual itu, Dr Mahathir juga dilihat tenang menjawab soalan Fathia.

“Benda negatif, Fathia rasa tak perlu fikir, sebab bila fikir, kita lagi stress. So Fathia rasa kita biarkan dan cuba jadi positif,” katanya yang dipetik melalui portal Free Malaysia Today.

Apapun tidak dinafikan mungkin Fathia gemuruh kerana pertama kali menemubual seorang tokoh yang ternama di depan mata. Tetapi rasanya Fathia juga perlulah membuat sedikit kajian mengenai soalan yang ingin ditanya supaya tidak nampak seperti katak dibawah tempurung. (rtky/w)