fbpx

Peminat Kecewa Tudung Wany Hasrita Makin Singkat

Sebut sahaja nama Wany Hasrita sememangnya ramai netizen suka dengan penampilan penyanyi itu yang sentiasa tampil sopan.

Bagaimanapun, baru-baru ini foto dikongsikan oleh Wany selepas menjayakan sebuah program muzik bersama rakan artis Sophia Liana menimbulkan rasa kurang senang peminat.

BACA: Foto Wany Hasrita Dijadikan Tempat Lepas Nafsu

Tampil dengan busana rona turquoise, Wany ditegur oleh netizen yang mengatakan tudung yang digayakan oleh penyanyi itu agak singkat.

Peminat turut meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan gaya tudung singkat tersebut sedangkan sebelum ini bertudung menutup dada.

Kata netizen lagi, mereka meminati Wany kerana biarpun bergelar artis namun penampilannya yang sopan bertudung labuh serta memakai handsock.

Meskipun foto tersebut dihujani dengan teguran namun Wany tidak memberikan sebarang jawapan balas mengenai perkara itu.

Untuk rekod, Wany menunaikan haji di Tanah Suci Makkah selepas menerima tawaran daripada kerajaan Arab Saudi sekitar Ogos 2019.