fbpx

Peminat Kagum Haqiem Rusli Solat Di Belakang Pentas

Sebelum ini penyanyi dan pencipta lagu berbakat besar, Haqiem Rusli pernah memberi tahu bahawa dia tidak akan menghasilkan lagu untuk penyanyi wanita.

Jika anda mengikuti Instagram Haqiem Rusli, memang jarang sekali dia memuat naik foto bersama wanita lebih-lebih lagi jika bergambar bersama wanita yang tidak menutup aurat. Boleh dikatakan Haqiem Rusli ni antara contoh anak muda untuk dijadikan idola.

Terbaru, seorang peminat dikenali sebagai Hafiz, kongsikan gambar Haqiem Rusli yang sedang mendirikan solat Asar di belakang pentas sebaik saja tamat persembahan di majlis perlancaran Web Malaysia baru-baru ini.

Kata Hafiz lagi, dia kagum dengan Haqiem Rosli yang utamakan solat walau dimana pun dia berada.

“Saya kagum dengan Haqiem ni. Walaupun suasana agak kelam kabut dan dirinya tidak sihat, dia tetap ingat solat. Malah dia susah ambil wuduk sebelum persembahan kerana risau terlambat nak solat Asar.”

Tambahnya lagi, Haqiem meminta kain sampin dari seorang penari untuk dijadikan sejadah dan mencari ruangan kecil untuk solat agar tidak menganggu penari lain.

“Dia boleh menjadi contoh kepada peminat-peminat agar tetap menjalankan kewajipan sebagai umat Islam walaupun di mana mereka berada,” ujarnya kepada URTV.

Sumber: URTV