fbpx

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Rita Rudaini berikutan keenggenannya untuk menerima vaksin Covid-19.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Rita meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir netizen yang panas hati dengan dirinya dek kerana tidak mahu divaksin.

BACA: Rita Rudaini Dedah ‘Airit’ Gabungan Nama Dengan Bekas Suami

Menurut Rita, apa sahaja perkongsiannya juga turut mendapat perhatian ramai dan seolah tidak kena di mata netizen perkongsiannya tiada kena mengena dengan sesiapa.

“Aku kat umah ja, semua kan di hujung jari sekarang ni. Membeli belah online ja. Pakat dok panaih aku tak vaksin. Aku pun tak faham depa ni sebenaqnya panaih pasal apa. Aku post benda kat IG takdak kena mengena dengan hidup tok nenek hampa pun hampa hangat.

“Heran, pelik sungguh perangai segelintiri orang selepas vaksin ni, jadi pendengki, 24 jam hari-hari mengeji, mengutuk orang tak vaksin, hati busuk, mengata mengumpat makanan hari-hari,” katanya.

Dalam pada itu, Rita turut meluahkan rasa syukur kerana setiap kejian yang diterimanya menjadi saalh satu asbab pahala buat dirinya.

Terdahulu, Rita lantang menjelaskan bahawa tidak semestinya seseorang itu tidak mahu divaksin bermakna dia adalah anti vaksin kerana itu adalah hak masing-masing.