Seorang bekas peserta sebuah program realiti komedi stesen televisyen ditahan polis pagi tadi dipercayai merogol seorang gadis berusia 20-an.
Memetik Kosmo, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan penangkapan berkenaan.
Menurutnya lagi, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di sekitar bandar raya Johor, awal pagi tadi.
“Suspek telah dikenakan reman selama lima hari bermula hari ini hingga 2 Disember depan. Polis sedang menjalankan siasatan terhadap kes ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Muhammad Fitri Mokhtar.
SUMBER: Kosmo