Peguam Sahkan Isteri Fikry Ibrahim Tarik Permohonan Cerai

Peguam syarie mewakili isteri pelakon Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan mengesahkan anak guamnya hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam bagi menarik balik permohonan cerai.

Memetik mStar Online, peguam Wan Muhammad Afiq tampil menjelaskan kekeliruan susulan kenyataan bercanggah serta mengatakan apa yang diberitahu oleh Fikry di Melodi adalah benar.

“Ya apa yang Fikry cakap semalam (dalam program Melodi) adalah betul. Saya sahkan bahawa Khalizah ada buat permohonan untuk tarik balik kes perceraian mereka,” katanya.

Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Khalizah berkata anak guamnya memfailkan perceraian pada Mei lalu kerana tiada persefahaman.

SUMBER: mStar Online

×