Pelakon Joey Daud berkongsikan cara untuk mengelak terkena gangguan ilmu hitam atau santau aalah dengan memakai seluar dalam secara terbalik.
Menerusi perkongsian di Podcast, meskipun kedengaran agak lucu namun Joey berkata ianya adalah ikhtiar melindungi diri daripada gangguan serta niat jahat manusia.
BACA: “Saya Buat Keputusan Tepat Tak Masuk GV” – Watie
“Tips untuk mengelak daripada orang buat kita. Benda ini macam kelakar, tapi kalau dari segi logik akal macam betul. Apa yang kita pakai ini jangan sempurna.
“Macam baju kita kena pakai sempurna la. Paling tak sempurna, kita boleh pakai seluar dalam terbalik. Jadi, benda itu tak sempurna.
“Kalau dia nak datang, tak sempurna dia akan patah balik. Seluar dalam hanya kita saja yang tahu, benda itu terbalik. Paling kuat pun isteri kita,” katanya.
SUMBER: TikTok