Pelakon Pablo Amirul berkongsikan setiap bulan dia berulang alik sejauh 1,628 kilometer dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu Sabah untuk bertemu dengan kekasih hatinya, Dr Hana Rose.
Menerusi perkongsian di TikTok, Pablo berkata dia berusaha mengimbangi antara kerjaya dan cinta serta berlaloi lakukan demi kekasihnya itu.
BACA: Tak Kisah Bakal Isteri Tak Pandai Masak, Pablo Amirul Tetap Sayang
“Setiap bulan kena maintain kerja dan hubungan peribadi sejauh 1628KM naik flight 2 jam 45 minit. Alhamdulillah its doing good untuk fasa yang menarik its worth it for you Hana Rose,” tulisnya.
Turut menjadi perhatian, Pablo berkata jika memandu perjalanan ke Sabah mengambil masa 101 jam sejauh 3,569 kilometer.
Terdahulu, Pablo berkata baginya bukan satu masalah besar jika kekasihnya tidak pandai memasak.
Pablo berkata dia boleh melakukan kerja rumah serta menguruskan rumah tangga apabila mereka mendirikan rumah tangga kelak serta meminta Hana fokus pada kariernya.