Pelakon Ozlynn berkata hidupnya kini lebih tenang selepas membuat keputusan untuk berhijab selepas pulang menunaikan ibadah haji pada tahun lalu.
Memetik mStar Online, Ozlynn turut meluahkan rasa syukur penghijrahannya itu dipermudahkan dalam segala urusan dan selesa dengan imej barunya kini.
BACA: Johan Tersentuh Hati Bila Ozlynn Cakap “Mulai Saat Ini, Auratnya Hanya Untuk Saya”
“Alhamdulilah kehidupan saya sekarang ni selepas berhijrah macam senang saja dan dipermudahkan dalam semua kerja.
“Mula-mula dulu memang rasa susah sikit untuk mengayakan sebab saya sejenis yang suka bersukan tapi lama-kelamaan saya makin selesa dan tenang dengan imej baru ni,” katanya.
Sementara itu, Ozlynn berkata dia turut menzahirkan rasa syukur kerana banyak menerima tawaran berlakon sejak berhijab sehingga terpaksa menolak kerana perlu uruskan perniagaan.
“Alhamdulilah tak sangka pula makin banyak tawaran berlakon yang saya dapat sekarang ni lepas bertudung selalunya makin kurang tapi ini sebaliknya, tapi terpaksa tolak sebab sibuk dengan urusan perniagaan,” katanya.
Dalam pada itu, Ozlynn turut berkongsi kata-kata suaminya, Johan yang menyentuh hati untuk kekal istiqamah dalam berhijab. Malah, menyifatkan kata-kata suaminya itu sebagai doa.
“Dia kata pakai kerana Allah, jangan pakai kerana saya sebab saya boleh melukakan awak, Allah takkan pernah melukakan awak, dia cakap macam tu. Daripada dulu lagi dia dah encourage cuma dia tak ada paksaan,” katanya.
SUMBER: mStar Online