Umum mengetahui, Jumaat lalu anak perempuan kepada pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra menjadi bualan ramai apabila pertama kali menyanyi di khalayak ramai di Bukit Bintang.

Menerusi satu video di Instagram, Thalita ditanya oleh Shuib mengapa dia ingin menjadi penyanyi. Kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendedahkan dia mahu jadi penyanyi kerana ingin orang ramai sukakan bapanya semula.

BACA: Watie Menangis Dapat Bunga Dari Shuib, Rasa Diri Dihargai

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

“Sebab orang tak suka dengan daddy. Jadi, saya nak buat orang suka dengan daddy balik.. Daddy selalu minta untuk doakan daddy,” katanya.

Mendengar jawapan Thalita itu, Shuib dilihat sebak serta mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan anaknya itu.

Diruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan jawapan Thalita serta menyifatkan kanak-kanak itu seorang yang matang. 

Tidak kurang juga ada yang menitipkan nasihat kepada netizen supaya berhati-hati dalam menulis komen apatah lagi Thalita boleh membaca komen berkenaan bapanya.

×