Usahawan yang juga suami kepada Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang gembira gembira isterinya tidak bekerja dan duduk dirumah kerana dapat meluangkan lebih banyak masa serta membesarkan sendiri anak-anaknya.

Memetik mStar Online, Aliff atau lebih mesra dipanggil Opai itu berkata tidak perlu isterinya untuk kembali bekerja dan dia lebih gembira isterinya duduk di rumah.

BACA: Fatin Afeefa Bangga Anak Raih Semua A Peperiksaan Akhir Tahun

“Saya rasa lebih baik isteri duduk dekat rumah dan besarkan anak-anak. Fatin juga merupakan ibu yang menakjubkan. Walaupun dia tidak pernah menang sebarang anugerah dalam industri, tetapi setiap hari dia menang sebagai isteri dan ibu terbaik.

“Semestinya saya sangat gembira dia duduk di rumah. Siapa sahaja tidak suka apabila setiap hari dilayan seperti raja, sediakan makanan, buat kopi dan mendengar arahan kita sahaja?

“Tidak perlulah dia kembali (ke industri). Bukannya di bayar rumah ataupun bil. Itu semua saya yang selesaikan. Jadi, isteri tidak perlu bekerja,” katanya.

Untuk rekod, Fatin dan Opai mendirikan rumah tangga pada Disember 2022. Pasangan itu mempunyai seorang cahaya mata diberi nama Muhammad Jibril.

SUMBER: mStar Online

×