Opai Pujuk Fatin Afeefa Dengan Beg Tangan Birkin

Pelakon Fatin Afeefa menjadi perhatian ramai apabila menerima hadiah beg tangan jenama Hermes Birkin daripada suaminya yang juga usahawan Aliff Awang atau Opai.

Menerusi satu akaun di TikTok, ada dimuat naik video memaparkan reaksi Fatin menerima hadiah beg tangan mewah berwarna merah berserta jambangan bunga.

BACA: Opai & Fatin Afeefa Belanja RM100,000 Untuk Baju Raya, Netizen Seronok Tengok

@mirzanjohor

Fatin Afeefa merajuk dapat hadiah Birk!n? Dalam podcast sebelum ni kami ada cerita tentang kisah suami seorang artis wanita yang menghadiahkan beg Birk!n untuk memujuk isterinya. So orang tersebut adalah @aliff_awang dan @fatinafeefa8 ya guys. So, ini rakaman yang dibuat oleh Rabi dan Aisyah sewaktu menghantar beg tersebut kepada Fatin Afeefa. #FatinAfeefa #AliffAwang #Opai #RabiSenrose #AisyahDugem #IconLuxe #MirzanJohor #LuxuryBag

? original sound – MirzanJohor l IconLuxe.my – MirzanJohor l IconLuxe.my

Turut menjadi perhatian apabila Fatin mengatakan hadiah berkenaan tidak cukup dan mahukan jam tangan mewah Rolex.

“Tak cukup. I need a Rolex. Wah kalau dia buat I marah I dapat beg, yes buatlah lagi ya,” selorohnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen teruja Fatin menerima hadiah mewah daripada suami serta memuji tindakan Opai untuk memujuk isterinya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji kecantikan Fatin tanpa solekan serta mendoakan rumah tangga pelakon itu bahagia hingga ke akhir hayat.

×