Usahawan yang juga suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang menjelaskan dia menggunakan nombor plat QPA1 untuk kenangan ketika berkahwin dengan isteirnya.
Menerusi satu video dimuat naik di Insta Story, Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai berkata dia tidak menggunakan nombor plat berkenaan ketika memandu kereta tersebut di atas jalan.
BACA: Masuk Hospital, Fatin Afeefa Kata Suami Kena Pukul Dengan Geng H?
“Ni penjelasan saya, biasalah orang kahwin pakai nombor plat ‘fancy’ cantik-cantik letak nama sendiri. Jadi benda ni pun dah kahwin hampir setengah tahun, dah viral lama dah.
“So, jangan kata JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) panggil apa semua, atas jalan raya tak pakai nombor plat tu,” katanya.
Sementara itu, Opai berkata pihak JPJ tidak memanggilnya mahupun menghubunginya mengenai isu tersebut.
“JPJ tak ada panggil pun, tak ada surat sampai. JPJ tak ada ‘call’ apa pun,” katanya.
Dalam pada itu, Opai juga berkata orang ramai tidak menggunakan namanya atau isu berkaitan dirinya untuk viral semata-mata.
“Saya rasa sudah-sudahlah, bosanlah orang Malaysia dah bosan dengar cerita Opai. Orang pakai nama saya pun sebab senang nak masuk FYP (For Your Page) sebab memang kita bagus,” katanya.