Sebelum ini muncul sebagai tetamu undangan dalam Dol’s Podcast, rezeki buat pelawak Mamat Sepah apabila diberi tawaran untuk menyertai podcast tersebut sebagai hos.
Menerusi perkongsian dikongsikan oleh Shuib di TikTok, Mamat bersetuju dengan tawaran yang diberikan rakan baiknya itu serta menyifatkan tawaran tersebut seolah nyawa baru buat dirinya.
BACA: Shuib Dedah Mamat Khatam Al-Quran Setiap Kali Ramadan
@shuibsepahtu Sepah Reunion di Dol Podcast.Tahniah @Mamatsepah_Nana !!! Aku Sayang Kau Mat. Perjalanan yg cukup indah.Yessss Dol Podcast kini ber-4! Doakan kami dan terus support Dol Podcast. @Dol’s Podcast @Fizie Roslan @shuksahar #Dolpodcast
“Doa aku makbullah kalau macam ini. Kau kasi aku nyawa Shuib, selepas aku hilang berbelas tahun. Wallahi, meremang bulu roma aku. Terima kasih,” katanya.
Sementara itu, Shuib gembira apabila rakan baiknya bersetuju untuk menyertai podcast mereka itu serta meluahkan rasa sayang buat Mamat.
“Allah yang bagi kau nyawa. Jadi nanti muka kau akan ada dekat billboard Dol’s Podcast. Maknanya dalam podcast ini ada Shuib, Fizi, Shuk dan Mamat.
“Sepah Reunion di Dol’s Podcast. Aku sayang kau Mamat, perjalanan yang cukup indah,” kata Shuib.