Nur Nilam Buang Silikon Di Hidung, Rancang Nak Buang Tatu Pula

Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam berkongsikan dia sudah menjalani pembedahan mengeluarkan silikon pada bahagian hidungnya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nilam berkata meskipun ada yang mengatakan dia tidak perlu membuang silikon berkenaan kerana sudah bertaubat namun dia mahu membuang kerana tidak mahu diselubungi rasa bersalah.

BACA: “Saya Akan Terus Sayangkan Awak” – Azlan Komeng Enggan Cerai Nur Nilam

“Ada orang cakap tak payah buang kalau dah bertaubat, tapi Allah Maha Mengetahui dan Maha Pengampun, saya bersetuju dengan perkara itu.

“Tapi niat setiap orang berbeza. Bagi saya lebih rela sakit selepas mencuba daripada menyerah tanpa mencuba. Sekurangnya Allah melihat usaha saya,” katanya.

Sementara itu, Nilam berkata dia merancang untuk membuang tatu serta mendoakan agar Allah menerima taubatnya. 

“Fasa pertama sudah berjaya, bengkak di muka macam ikan kembung. Nanti saya akan ‘live’ macam biasa. Next, saya akan buang tatu dan hapuskan dosa-dosa dulu.

“Semoga Allah menerima taubat dan insya-Allah hidayah ini akan saya jaga sampai menutup mata. Doakan ya,” katanya.

×