fbpx

Nora Danish Sedia Timang Anak Kedua

Mendirikan rumah tangga buat kali kedua beberapa bulan lalu merupakan sebab untuk Nora Danish kembali mengandung. Jelasnya perasaan rindu untuk menimang cahaya mata membuat dirinya sudah bersedia untuk hamil buat kali kedua, seterusnya memberikan teman kepada anaknya, Rayqal.

BACA: Nora Danish Tetap Beraya Rumah Bekas Mertua

“Alhamdulillah, selepas hampir empat bulan perkahwinan kami, saya kini bersedia untuk memiliki anak semula. Terus terang, ianya juga antara sebab utama kenapa saya berkahwin kerana rindu untuk kembali mengandung dan melahirkan cahaya mata lagi”

“Bagi saya, anak adalah anugerah yang dikurniakan Allah sebagai pengikat kasih. Lebih-lebih lagi, anak saya, Rayqal, sudah pun berusia lapan tahun dan dia sendiri sangat teringin mempunyai adik untuk menjadi temannya,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Menurut Nora lagi, sejak berkahwin dengan Nedim Nazri, mereka tidak putus berikhtiar agar diberikan rezeki cahaya mata dengan cepat. Dengan itu mereka enggan terlalu merancang soal ini tetapi menyerahkan sepenuhnya kepada Allah untuk menentukan rezeki mereka.

Tidak sabar pula rasanya ingin melihat Nora kembali hamil. Semoga Nora dan suami dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata kedua mereka. (rtky/w)