Pelakon dan model, Nia Atasha berkongsikan berita gembira apabila dipilih menjadi wajah untuk kempen terbaru jenama pakaian dalam terkenal antarabang, Victoria Secret.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Nia berkata dia sudah lama menyimpan rahsia dan akhirnya berkongsikan kerana sudah tidak sabar dan teruja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nia ? (@sleepylllama)

“Saya sudah tidak boleh lagi menyimpan rahsia. Sesuatu menarik bakal datang tidak lama lagi. Boleh ke kamu teka, apakah ia?

“Foto disebalik tabir oleh @annicelyn dan @jessielyee, Women Photographers Malaysia untuk Victoria’s Secret”,”tulisnya.

Sementara itu, menerusi perkongsian video di TikTok @ehmalaysia, Nia berkata sudah menjadi impiannya untuk menjadi wajah Victoria Secret dan gembira mendapat peluang tersebut.

@ehmalaysia

Pertama di Asia, model @sleepylllama menjadi antara wajah kempen baharu @victoriassecretmy disamping peserta Miss Universe 2018 @janeteoh_ dan pelakon Thailand @janienineeleven memperagakan koleksi T-Shirt Bra meraikan keberanian dan menyerlahkan keyakinan wanita. #ehmalaysia #BeAuthenticBeYou @victoriassecretmy @valiram

? original sound – ehmalaysia – ehmalaysia

“It is an honour honestly like this is a big opportunity and I always had a dream since started modeling to be the face of or maybe campaign for Victoria Secret and I’m happy,” katanya.

Untuk rekod, Nia juga pernah menjadi model untuk jenama besar lain antaranya Calvin Klein, Louis Vuitton, Dior dan banyak lagi.

×