Industri hiburan tanah air hari ini dikejutkan dengan berita isteri kepada pelakon Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan memfailkan cerai terhadap suaminya selepas empat bulan berkahwin.
Perkara itu sekaligus mengejutkan ramai apatah lagi pasangan itu dilihat baru saja memuat naik gambar bersama beberapa hari lalu menggambarkan hubungan mereka dalam keadaan baik.
BACA: Baru 4 Bulan Kahwin, Isteri Fikry Ibrahim Tuntut Cerai
Susulan berita tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut tidak kurang juga ada yang mengungkit kembali raut wajah Fikry didakwa tidak gembira ketika majlis pernikahan mereka.
“Patutlah muka waktu nikah hari itu tak gembira, tiba-tiba baru empat bulan dah nak berpisah,” kata netizen.
Diruangan komen Instagram Fikry, ada yang mempersoalkan gambar mereka bersama baru dimuat naik 3 hari lalu namun isterinya memfailkan cerai pada Mei lalu.
Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Khalizah berkata punca permohonan cerai dibuat kerana tiada persefahaman namun anak guamnya masih memberi ruang kepada Fikry untuk berdamai.
Sementara itu, Fikry berkata dia tidak tahu mengenai isterinya telah memfailkan cerai terhadapnya dan enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut serta memberitahu dia dan isterinya okay sahaja.
SUMBER: mStar Online