Lama tak dengar cerita, baru-baru ini nama pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz menjadi bualan di laman Threads.
Menerusi satu hantaran, ada netizen mendakwa terlihat kelibat Aliff dan Ruhainies bersama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
BACA: Ruhainies Dedah Kenapa Tak Maki Balik Haters Di IG
“Pagi tadi nampak penyondol dengan yang disondol dekat KLIA1. Hampa nak pi mana tu? Mati-mati tak mengaku time kena tangkap khalwat dulu, sekarang dah pi travel sama ekk?” tulisnya.
Sementara itu, ada netizen mendakwa kedua-duanya makan malam bersama apabila memuat semula hantaran Aliff dan Ruhainies didakwa latar belakang restoran dan makanan yang dipesan seakan sama.
Pada 21 Februari lalu, Aliff dan Ruhainies akhirnya mengaku salah atas pertuduhan berkhalwat dan didenda sebanyak RM3,000 setiap seorang.
SUMBER: Astro Gempak