Pelakon muda Amir Ahnaf dilhat ada berkongsikan mesej diterimanya daripada seorang peminatnya dari Indonesia.
Menerusi perkongsian di Insta Story, peminatnya itu meminta Amir supaya tidak terburu-buru untuk berkahwin dan ‘santai’ saja terlebih dahulu daripada mendirikan rumah tangga.
BACA: Amir Ahnaf Okay Lakon Babak Bersentuhan Tapi Bukan Dengan Pelakon Dah Kahwin
Lebih mencuit hati, peminatnya itu turut mengatakan dia belum lagi bersedia dari segi mental untuk menerima berita perkahwinan daripada aktor kegemarannya itu.
“Abang, aku nak bagi saran ya. Jangan terburu-buru mau kahwin, please. Bukan nak kata buruk, tapi aku belum bersedia. Abang bersabar ya jangan buru-buru, sabar, tenang, santai aja dulu,” tulisnya.
Turut menjadi perhatian apabila peminat itu turut memaklumkan neneknya juga ‘jatuh cinta’ dengan Amir.
“Nenek aku juga lagi jatuh cinta sangat sama Abang. Jadi slow aja ya,” katanya lagi.
SUMBER: Instagram Amirahnaf