Siapa yang tidak mahu berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri, begitu juga dengan Nelydia Senrose. Namun katanya, biarpun ramai bertanyakan soal jodoh kepadanya, tetapi Nelydia tidak mahu terlalu terdesak mencari cinta. Tambah lagi serik dengan kisah cinta sebelum ini yang kecundang.

BACA: Nelydia Senrose Tunjuk Bukti Resit Bayaran LHDN

“Saya masih ‘single’. Selepas melalui fasa hubungan yang lama, yang kemudiannya tidak berpihak kepada diri ini, ia membuatkan saya bagai tersedar daripada lamunan. Cinta juga kini bukanlah keutamaan dan saya sendiri tidak memberikan tumpuan kepada perkara itu”

“Tiada rezeki untuk saya bercinta dengan sesiapa. Selepas putus cinta, hala tuju saya lebih kepada kerjaya, keluarga, perniagaan dan diri sendiri. Buat masa ini, saya tidak mahu terdesak mencari cinta. Saya yakin, akan ada jodoh untuk saya nanti,” katanya kepada Berita Harian Online.

Sebelum ini, umum memang sudah mengetahui hubungan cinta diantara Nelydia dan Qi Razali berakhir sekitar 2015. Bagaimanapun ada gosip mengatakan pasangan itu kembali bersama dan bakal berkahwin. Namun Nelydia menafikan dakwaan itu dan mengakui hubungan mereka masih baik. (rtky/w)