Beberapa bulan lalu hangat diperkatakan mengenai Nelydia Senrose apabila tular video dikongsikan oleh Aprena Manrose ketika bercuti di Bangkok memaparkan pelakon itu sekadar bertopi.
Terbaru, nama Nelydia menjadi bualan apabila secara terang-terangan menunjukkan dirinya sudah tidak lagi bertudung ketika menghabiskan masa bermain badminton.
BACA: Nelydia Senrose Tukar Gambar Profil IG Free Hair
@aprenamanrose_official Termenang pule semalam. Hikhikkkk ???#badmintonlovers #penyeridicourt #aderghhhhh
Menerusi video dikongsikan oleh sepupunya yang juga pelakon Aprena Manrose dalam TikTok memaparkan Nelydia membiarkan rambutnya terdedah dan mengenakan skarf.
Diruangan komen, rata-rata netizen terkejut apabila melihat penampilan pelakon berusia 29 tahun itu. Malah, ada yang tertanya-tanya adakah Nelydia sudah tidak bertudung.
Sebelum ini, Nelydia dilihat menukar gambar profil Instagram miliknya dengan gambar tidak memakai tudung. Menerusi gambar itu, Nelydia duduk di atas katil serta memperilihatkan rambutnya berwarna perang.
Apa pun kita nantikan saja kenyataan daripada Nelydia serta mendoakan yang baik-baik buat pelakon tersebut agar terus istiqamah.