Perkongsian Insta Story pelakon Uqasha Senrose menjadi perhatian apabila memuat naik gambar memaparkan adiknya, Nelydia Senrose yang dilihat tidak bertudung.
Menerusi entri itu, dapat dilihat dalam gambar berkenaan Uqasha bersama Nelydia serta, Raysha Rizrose sedang berada di sebuah restoran. Dapat dilihat Nelydia mengenakan baju berwarna coklat tersenyum sambil meletakkan kepala di bahu Raysha
BACA: Nelydia Senrose Main Badminton Tanpa Tudung
Dalam perkongsian lain, Uqasha turut memuat naik gambar bersama ahli keluarga lain dan kelihatan Nelydia tidak mengenakan hijab.
Mula berhijab sejak tahun 2022, Nelydia berkata dia mahu menjadi muslimah lebih baik namun mengakui bimbang jika hatinya berbolak balik.
SUMBER: Oh Bulan