Setiap permulaan pasti ada penghujungnya dan begitulah riwayatnya tentang penerbitan majalah Mastika yang telah pun beroperasi selama 77 tahun. Pelbagai kisah dan pengalaman turut dikongsikan oleh pembaca setia majalah tersebut termasuklah Neelofa.
BACA: Neelofa Menginap Di Bilik Hotel RM200,000 Satu Malam
“Zaman duduk di asrama boleh dikatakan buku peneman di hujung minggu. Terima kasih untuk segala memori indah Majalah Mastika!,” kongsinya di Twitter.
Sementara itu buat anda semua yang mungkin belum mengetahui bahawa Mastika sudah berhenti penerbitannya setelah sekian lama beroperasi. Apa pun, pastinya Mastika akan sentiasa diingati oleh peminat setia mereka. (rtky/s)