fbpx

Neelofa Mohon Maaf Jika Nampak Berlagak

Baru-baru ini banyak juga terbaca komen negatif terhadap Neelofa selepas menemu bual penyanyi Tak Tun Tuang, Upiak Isil di sebuah program hiburan. Ramai menyifatkan cara percakapan Neelofa agak kasar dan tidak profesional melayan tetamu yang tidak setaraf dengan ‘standard’ nya.

BACA: “Kasihan Neelofa Dapat Peminat Yang Memalukan”

“Ketika mengacarakan program itu bersama Nabil Ahmad, kami sangat seronok menemubualnya. Cuma, ketika program itu bersiaran, saya dan Nabil tidak faham bahasa yang digunakan kerana loghat beliau sangat pekat. Saya sendiri terpaksa ulang soalan dan cuba memahami sebaik mungkin”

Menyedari hal itu, Neelofa tampil memohon maaf dan menjelaskan beliau sebenarnya tidak begitu memahami dengan bahasa yang digunakan Upiak yang berasal dari Padang, Indonesia itu. Disebabkan itu juga Neelofa terpaksa mengulang soalan dan mencelah percakapan beliau.

“Saya sebagai pengacara pula cuba memberikan reaksi terbaik terhadap setiap tetamu yang diundang ke program itu. Jika ada yang salah anggap dan nampak diri ini kasar atau bersikap kurang ajar, saya dengan rendah hati memohon maaf,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Dalam program tersebut Upiak secara spontannya ada memanggil Neelofa dengan bahasa ‘kakak’ namun dipersoalkan oleh Neelofa dan memarahinya secara bergurau kerana memanggil panggilan itu. Kejadian itu juga turut menjadi bual mulut orang ramai. (rtky/w)