fbpx

Neelofa Mahu Buka Pusat Pengajian al-Quran

Selain Datuk Seri Vida, Neelofa juga mempunyai hasrat untuk membuka sebuah pusat pengajian Al -Quran bagaimanapun hasrat itu diletakkan ke tepi dulu kerana ingin memperbaiki diri ke arah lebih baik dahulu.

BACA: Fesyen Jadi Ikutan, Nabila Razali Tiru Gaya Neelofa?

“Saya pasti, ibu dan bapa saya juga mempunyai impian yang sama. Saya juga dari dahulu lagi memang sudah merancang sedikit demi sedikit untuk merealisasikan hasrat itu”

“Tapi biasalah, saya mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik sebelum saya menunaikan impian itu. Doakan saya semoga urusan itu dipermudah”

Wanita serba boleh ini juga kini sudah memulakan tugasan di syarikat penerbangan, Air Asia sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif. Jadi selain sibuk dengan perniagaan tudung, Naelofar Hijab, Neelofa juga masih mahu aktif dalam bidang lakonan jika tawaran diberikan bagus.

“Tahun ini fokus perniagaan dan bidang seni mcm biasa. Saya ada tanggungjawab di Air Asia dan perancangan untuk perniaagn Neelofa hijab 2018 yang memerlukan komitmen yang tinggi,” katanya kepada m Star Online.

Murni sungguh impian Neelofa, jarang-jarang kita dengar selebriti ingin membuka pusat pengajian Islam. Tahniah diucapkan kepada Neelofa, semoga terus memberikan inspirasi kepada anak muda di luar sana. (rtky/w)