fbpx

Ramai sudah sedia maklum yang baru baru ini Neelofa telah diterbangkan ke Shanghai, China oleh jenama telefon pintar terkemuka, OPPO untuk menghadiri pertunjukan fesyen tahunan Victoria’s Secret di sana.

Buat pertama kalinya, OPPO merupakan penaja pertunjukkan fesyen Victoria’s Secret untuk tahun ini dan Neelofa hadir sebagai wakil OPPO untuk acara fesyen yang memang dinantikan ramai ini.

Pastinya Neelofa teruja dapat pergi ke sana menyertai barisan individu yang sangat berpengaruh dalam dunia fesyen.

Mesti ramai yang ternanti-nantikan gambar Neelofa ketika berada di sana dan jangan risau kami ada banyak gambar untuk dijadikan tatapan anda.

Angeling around at the after party wit these peeps! ? #OPPOF5 #RedEdition #OPPOxVSFashionShow #CaptureTheRealYou

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Victoria’s Secret Fashion Show 2017 menampilkan barisan supermodel antarabangsa terkenal seperti Lily Aldridge dan Karlie Kloss — juga penyanyi jemputan khas Harry Styles dan Miguel.

Ramai tetamu dan model menggunakan telefon pintar OPPO untuk mengambil selfie dan Neelofa tidak terkecuali.

Kehadiran Neelofa ke pertunjukan fesyen Victoria’s Secret ini membuktikan yang gaya juga citarasa fesyen tempatan mempunyai tempat di pentas antarabangsa dan Neelofa hadir dengan gaya tersendiri mencuri tumpuan ramai.

Puas hati betul kami lihat gambar berdefinisi tinggi hasil dari telefon pintar OPPO Neelofa bersama supermodel Victoria’s Secret di sana dan kami berharap yang Neelofa bakal dijemput lagi menghadiri pertunjukan fesyen ini kelak.

Yang Neelofa pegang ialah telepon pintar yang bakal dikeluarkan oleh OPPO, F5 6GB Red Edition — ianya bakal membawakan storan 64GB bersama 6GB RAM selain kamera 20MP dilengkapi AI beautify yang mampu mengesan tona kulit, usia dan juga jantina anda supaya selfie anda sentiasa sempurna.

Nantikan kemunculannya. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang OPPO F5, sila layari Facebook rasmi OPPO Malaysia www.facebook.com/malaysiaoppo