Nazrief Nazri Dikecam Netizen Tayang Gambar Seksi Isteri 

Perkongsian pelakon Nazrief Nazri menjadi perhatian apabila memuat naik gambar isterinya, Aizatul Aqma ketika mereka pergi bercuti.

Mana tidaknya, gambar dikongsikan menimbulkan rasa kurang senang netizen berkenaan penampilan isterinya yang didakwa terlalu terdedah di bahagian belakang badan.

BACA: Isteri Nazrief Nazri Terkejut Dengar Jawapan Puteri Sarah Tak Mahu Saman Ira Kazar Sebelum Ini

Malah, ada satu foto memaparkan isterinya mengenakan pakaian sehingga menampakkan lurah sekaligus mengejutkan netizen.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan aktor itu yang memuat naik gambar berkenaan seolah menayang aurat isteri kepada umum.

Tidak kurang juga ada yang menegur Nazrief supaya memainkan peranan untuk menasihati isteri mengenai soal pemakaian supaya lebih menjaga aurat sebagai umat Islam.

Dalam pada itu, ada yang menitipkan nasihat yang baik-baik serta mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut.

×